Cara Susun Sekolah
Panduan Visual dari Aplikasi Cadangan Susun Atur SBP/SMKA/MRSM
Langgar syarat & boleh menjejaskan panggilan Ujian Khas.
Dibenarkan tetapi persaingan tinggi / peluang rendah.
Sah tetapi susunan boleh dioptimumkan untuk peluang lebih baik.
Patuh peraturan & memaksimumkan peluang.
Senarai Sekolah Hotlist (Tiada Rayuan)
Nota Ujian Khas
- MRSM: SEMUA program memerlukan Ujian Khas kecuali program Premier.
- SBP & SMKA: HANYA program Tahfiz yang memerlukan Ujian Khas.
1) Peraturan Utama — ❌ Tak Sah
Hotlist sebelum Ujian Khas
Jangan letak Hotlist sebelum Ujian Khas. Ujian Khas hanya akan dipanggil jika diletakkan sebagai Pilihan 1.
Contoh ❌: [1] Hotlist SBP → [2] MRSM IGCSE
Campur Jenis Ujian Khas
Pilih SATU jenis sahaja (cth: IGCSE sahaja atau Tahfiz sahaja). Jangan gabung.
Contoh: Tahfiz + Ulul Albab (❌)
Keutamaan Terbalik
Sekolah Ujian Khas mesti diletak sebelum program biasa.
Contoh: [1] MRSM Premier → [2] MRSM IGCSE (❌)
2) Susunan Sangat Berisiko — ⚠️
Ujian Khas kemudian Hotlist
Dibenarkan, tetapi Hotlist sangat kompetitif. Peluang untuk dipertimbangkan bagi Pilihan ke-2 adalah rendah jika tidak berjaya dengan Pilihan 1.
Contoh: [1] MRSM IGCSE → [2] Hotlist SBP
Lebih 1 sekolah Hotlist
Tidak digalakkan kerana tiada rayuan & persaingan sangat tinggi. Mengurangkan peluang untuk sekolah sandaran.
Contoh: [1] Hotlist SBP → [2] Hotlist SBP
3) Susunan Kurang Strategik — 🤔
Hotlist bukan di Pilihan 1
Jika pilih Hotlist, ia mesti diletak sebagai Pilihan 1 untuk dipertimbangkan.
GPS Terbalik
Jangan letak sekolah lebih kompetitif (GPS lebih rendah) di bawah sekolah kurang kompetitif.
Contoh: [1] GPS 1.90 → [2] GPS 1.20 (🤔)
Lompat Kategori Berulang
Elak corak SBP → MRSM → SBP. Kumpulkan kategori yang sama.
Pilihan 1 Adalah Sekolah Keutamaan Anda!
Contoh Penuh 3 Pilihan Strategik — ✔️
✔️ MRSM - Bitara
- MRSM Pengkalan Chepa — Bitara (1.439)
- MRSM Pasir Salak — Premier (1.545)
- MRSM Kuantan — Premier (1.715)
Nota: MRSM Pengkalan Chepa merupakan satu-satunya MRSM Bitara untuk kemasukan Tingkatan 1. MRSM Bitara adalah top tier MRSM!
✔️ SBP - Top Tier
- SBPI Gombak — Agama (0.930)
- SM Sains Hulu Selangor — Perdana (1.320)
- SM Sains K. Terengganu — Perdana (1.380)
Nota: SBPI Gombak perlu diletakkan sebagai Pilihan 1 kerana ia merupakan sekolah terbaik berdasarkan SPM 2024.
✔️ Strategi Campuran
- SMKA Putrajaya — Tahfiz
- SM Sains Sultan Mahmud — Perdana (1.710)
- MRSM Kuantan — Premier (1.715)
Nota: Boleh campur SBP/SMKA/MRSM tapi pastikan susunan betul mengikut keutamaan dan GPS.
✔️ Strategi Hotlist
- Sek. Seri Puteri — Hotlist (1.240)
- SM Sains Banting — Perdana (1.500)
- SM Sains Selangor — Perdana (1.680)
Nota: Letak satu sekolah Hotlist sahaja. Boleh letak lebih, tetapi ia sangat berisiko.
✔️ MRSM - Ujian Khas
- MRSM K. Kubu Bharu — IGCSE (1.261)
- MRSM Johor Bahru — IGCSE (1.350)
- MRSM Langkawi — IGCSE (1.556)
Nota: Strategi ini memfokuskan sepenuhnya pada satu jenis program Ujian Khas (IGCSE).
✔️ Sekolah Tiada Ujian Khas
- SBPI Gombak — Agama (0.930)
- MRSM Pasir Salak — Premier (1.545)
- MRSM Kuantan — Premier (1.715)
Nota: Susunan ini sesuai jika tidak berminat dengan Ujian Khas, disusun sepenuhnya mengikut merit GPS.
6) Kuota Khas (MRSM)
Sesetengah MRSM memperuntukkan kuota khas untuk memberi keutamaan kepada anak-anak kakitangan perkhidmatan awam tertentu atau peneroka FELDA. Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial MARA.
Anak Polis
MRSM PDRM Kulim
Anak Tentera
MRSM Terendak, MRSM ATM Bera
Anak/Cucu Peneroka FELDA
MRSM Felda Trolak
Nota Penting: Pemohon dari kategori kuota khas juga bebas memohon sekolah lain yang tiada kuota. Pelajar awam (bukan kategori) juga boleh memohon sekolah kuota khas, namun perlu faham bahawa sebahagian tempat telah diperuntukkan, menjadikan bilangan tempat terbuka lebih kecil dan persaingan mungkin lebih tinggi.
Infografik ini hanyalah panduan pelajar. Kelas Maya tidak mempunyai sebarang kaitan, secara langsung atau tidak langsung, dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Kelas Maya tidak bertanggungjawab atas sebarang keputusan, hasil permohonan, atau sebarang isu berkaitan proses permohonan. Semua maklumat yang dipaparkan adalah untuk tujuan rujukan serta panduan sahaja.
Dapatkan Aplikasi Susun Sekolah
Aplikasi ini boleh diakses di Portal Kelas Maya untuk sesiapa yang menyertai mana-mana Program Persediaan PKSK Kelas Maya (termasuk pakej).
Komitmen Kami Terhadap Keputusan Berasaskan Data
Selaras dengan Dasar Data Terbuka Kerajaan, kami di Kelas Maya memanfaatkan data awam seperti Gred Purata Sekolah (GPS) dan pelbagai data lain dari sumber rasmi dan sah untuk membina aplikasi ini. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan ibu bapa dan pelajar agar dapat membuat pilihan termaklum (informed decision) yang strategik, menjadikan proses pemilihan yang rumit lebih mudah difahami melalui aplikasi kami.