Bersedia Untuk Kelas
PKSK Latihan Asas! 🚀
Hai! Program Persediaan PKSK Latihan Asas akan berlangsung mengikut jadual di bawah. Sila gunakan pautan ini untuk menyertai sesi LIVE pada waktu kelas atau untuk menonton semula rakaman.
Cara Akses Kelas LIVE Di Portal
🚫 TIADA PAUTAN ZOOM akan diberikan. Semua akses adalah melalui Portal Kelas Maya sahaja.
Log masuk menggunakan e-mel dan kata laluan (password) yang telah diberikan.
💡 PENTING: Sila pastikan anda telah mencuba untuk log masuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum kelas bermula pada peranti yang akan digunakan semasa sesi LIVE.
Setelah berjaya log masuk, klik dan pilih kelas anda. Pilih Persediaan PKSK: ASAS dan tekan butang Mula Kelas.
Tatal (scroll) ke bahagian paling bawah dan cari Kelas LIVE Minggu 1: 27 - 30 April atau Minggu 2 - 7 Mei. Terdapat 8 buah kelas kesemuanya, dan setiap tab mewakili tarikh yang berbeza. Sila pastikan anda memilih tarikh yang betul!
Pilih Join in Zoom App untuk menyertai menggunakan aplikasi Zoom, ATAU Join in Browser untuk menyertai terus melalui pelayar web (browser).
🔑 Sekiranya menggunakan pelayar web, sila masukkan kata laluan: KELASMAYA
🛜 Menghadapi Masalah Zoom?
Sekiranya anda menghadapi masalah dengan aplikasi Zoom, sila tekan tab STREAMING di bahagian bawah ruangan kelas LIVE.
🎥 Jangan risau jika terlepas kelas!
Rakaman akan tersedia serta-merta di ruangan kelas tersebut. Pautan atau butang Zoom akan bertukar menjadi video rakaman secara automatik selepas sesi ditamatkan.
Wajib Sertai Grup WhatsApp Batch 2026!
Sila pastikan anda menyertai grup rasmi. Segala maklumat penting dan hebahan berkaitan kelas akan dikongsi terus ke aplikasi WhatsApp anda.
📲 Sertai Grup WhatsApp-
ISNIN
Artikulasi Penulisan & BM
Cikgu Hema
-
SELASA
Sains
Cikgu Syahira
-
RABU
Matematik
Cikgu Zul
-
KHAMIS
Pengetahuan Am
Cikgu Syai
-
ISNIN
Kecerdasan Intelek (IQ)
Cikgu Zul
-
SELASA
Bahasa Inggeris (BI)
Cikgu Shareen
-
RABU
Teknologi
Cikgu Zul
-
KHAMIS
Kecerdasan Insaniah (EQ)
Cikgu Syai
Info Fleksibiliti Masa 💡
Terlepas sesi LIVE? Jangan risau! Rakaman penuh boleh ditonton di portal pada bila-bila masa. Akses anda sah sehingga 31 Disember 2026.
Sila simpan halaman ini sebagai rujukan sepanjang program berlangsung.
Sebarang pertanyaan? Hubungi kami di [email protected]
atau lebih digalakkan melalui WhatsApp:
💬 Hubungi WhatsApp
https://kelasmaya.my
Aceture Network (SSM Reg No: 201903195965)