Kelas Maya Logo
KELASMAYA.MY
Pendidikan Seiring Teknologi
Utama
⚖️

Pautan Pantas

Banding & Daftar Pakej
Tahun 6

Persediaan
PKSK

Live Akan Bermula

Simulasi Ungu

Minggu 1: 21 - 24 September
Minggu 2: 28 Sept - 1 Oktober

📚

Latihan ASAS PKSK

📘

Simulasi Biru

📗

Simulasi Hijau

📥

Bahan Pembelajaran PKSK

Tingkatan 3

Persediaan
PKSK

🎓

Persediaan PKSK Tingkatan 3

KELASMAYA.MY

Kelas Maya Logo Gray
Kelas Maya Logo
KELASMAYA.MY
Pendidikan Seiring Teknologi
Polisi & Perjanjian

Terma & Syarat Rakan Kelas Maya

Sila baca dengan teliti sebelum menyertai Program Rakan Kelas Maya.

TERMA DAN SYARAT RAKAN KELAS MAYA

Tarikh Kemas Kini: 22 Ogos 2026

Sila baca Terma dan Syarat ini dengan teliti sebelum memohon atau menyertai Program Rakan Kelas Maya.

1 PENGENALAN DAN PENERIMAAN

1.1 Terma dan Syarat ini ("Terma") merupakan suatu perjanjian yang mengikat antara Aceture Network, iaitu entiti yang memiliki, menguruskan dan mengendalikan jenama Kelas Maya ("Organisasi", "Kami", "Kelas Maya"), dengan individu yang menyertai Program Rakan Kelas Maya ("Rakan", "Anda").

1.2 Dengan mengemukakan permohonan, mengakses Portal Rakan Kelas Maya, menggunakan bahan promosi yang disediakan oleh Organisasi atau menggunakan pautan rujukan yang diberikan oleh Organisasi, Anda mengakui bahawa Anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma ini.

1.3 Sekiranya Anda tidak bersetuju dengan mana-mana peruntukan dalam Terma ini, Anda hendaklah tidak meneruskan penyertaan dalam Program Rakan Kelas Maya.

1.4 Terma ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan apa-apa polisi, garis panduan, arahan atau peraturan rasmi yang dikeluarkan oleh Organisasi berhubung dengan Program Rakan Kelas Maya dari semasa ke semasa.

2 KELAYAKAN DAN STATUS RAKAN

2.1 Penyertaan dalam Program Rakan Kelas Maya adalah percuma dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

2.2 Rakan tidak diwajibkan membeli mana-mana produk Kelas Maya sebagai syarat untuk menyertai Program Rakan Kelas Maya.

2.3 Pemohon hendaklah memberikan maklumat yang benar, tepat, lengkap dan terkini semasa proses permohonan.

2.4 Pengemukaan permohonan tidak dengan sendirinya menjadikan seseorang itu Rakan Kelas Maya.

2.5 Status sebagai Rakan Kelas Maya hanya bermula selepas permohonan diluluskan oleh Organisasi.

2.6 Selepas permohonan diluluskan, Rakan hendaklah melengkapkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan pembayaran komisen, termasuk maklumat akaun bank yang sah dan tepat.

2.7 Organisasi berhak, menurut budi bicara Organisasi, meluluskan atau menolak mana-mana permohonan serta menggantung atau menamatkan mana-mana akaun atau status Rakan tertakluk kepada Terma ini.

2.8 Penyertaan sebagai Rakan Kelas Maya tidak mewujudkan hubungan majikan dan pekerja, perkongsian, usaha sama, francais, agensi atau apa-apa hubungan lain yang seumpamanya antara Rakan dengan Organisasi.

2.9 Rakan tidak mempunyai kuasa untuk mengikat Organisasi dalam apa-apa kontrak, perjanjian, jaminan, representasi atau komitmen.

3 PERANAN RAKAN KELAS MAYA

3.1 Peranan utama Rakan adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk serta program Kelas Maya melalui pautan rujukan yang diberikan oleh Organisasi.

3.2 Rakan boleh memilih kaedah dan platform yang sesuai untuk berkongsi bahan promosi rasmi Kelas Maya, termasuk media sosial, aplikasi komunikasi, laman sesawang dan pengiklanan berbayar.

3.3 Rakan boleh berkongsi, menerbitkan semula dan mengedarkan bahan promosi rasmi yang disediakan melalui Portal Rakan Kelas Maya.

3.4
Rakan dibenarkan menulis kapsyen, penerangan atau pengenalan peribadi sendiri apabila berkongsi bahan promosi rasmi Kelas Maya, dengan syarat kandungan tersebut:
  • a. tidak memberikan maklumat palsu atau mengelirukan;
  • b. tidak bercanggah dengan maklumat rasmi Kelas Maya;
  • c. tidak membuat jaminan terhadap sesuatu keputusan;
  • d. tidak membuat tuntutan yang tidak disokong oleh maklumat rasmi Kelas Maya; dan
  • e. tidak memberikan gambaran bahawa Rakan ialah kakitangan atau wakil rasmi Kelas Maya.

4 BAHAN PROMOSI RASMI

4.1 Organisasi akan menyediakan bahan promosi rasmi melalui Portal Rakan Kelas Maya.

4.2
Bahan promosi rasmi boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
  • a. poster;
  • b. grafik;
  • c. video;
  • d. imej;
  • e. bahan visual;
  • f. teks dan kapsyen;
  • g. maklumat produk;
  • h. bahan kempen;
  • i. bahan pengiklanan; dan
  • j. apa-apa bahan promosi lain yang ditentukan oleh Organisasi.

4.3 Rakan diberikan kebenaran untuk memuat turun, menyimpan, menggunakan, berkongsi dan menerbitkan semula bahan promosi rasmi tersebut bagi tujuan mempromosikan Kelas Maya.

4.4 Rakan boleh menerbitkan bahan tersebut melalui akaun media sosial sendiri, WhatsApp, Telegram, laman sesawang, platform kandungan digital atau mana-mana medium pemasaran yang bersesuaian.

4.5 Rakan juga dibenarkan menggunakan bahan promosi rasmi tersebut bagi tujuan pengiklanan berbayar, tertakluk kepada Terma ini.

4.6 Rakan tidak perlu mendapatkan kelulusan individu daripada Organisasi bagi setiap kali bahan promosi yang telah disediakan melalui Portal digunakan.

4.7 Portal Rakan Kelas Maya merupakan sumber rujukan rasmi bagi bahan promosi yang dibenarkan untuk digunakan oleh Rakan.

4.8 Organisasi berhak pada bila-bila masa menambah, mengubah, menggantikan, mengemas kini atau menarik balik mana-mana bahan promosi yang disediakan melalui Portal.

4.9 Rakan hendaklah menggunakan maklumat dan bahan promosi terkini yang disediakan oleh Organisasi.

5 PENGHASILAN BAHAN PROMOSI OLEH RAKAN

5.1 Rakan tidak dibenarkan menghasilkan bahan promosi sendiri bagi pihak Kelas Maya.

5.2
Larangan tersebut termasuk menghasilkan sendiri:
  • a. poster Kelas Maya;
  • b. video promosi Kelas Maya;
  • c. grafik promosi Kelas Maya;
  • d. bahan kempen;
  • e. bahan jualan;
  • f. tawaran atau promosi;
  • g. maklumat harga;
  • h. tuntutan berkaitan produk;
  • i. statistik atau dakwaan prestasi;
  • j. jaminan keputusan;
  • k. testimoni yang direka atau diubah; atau
  • l. apa-apa bahan lain yang boleh memberikan gambaran bahawa bahan tersebut merupakan bahan promosi rasmi Kelas Maya.

5.3 Bahan promosi Kelas Maya hendaklah bersumberkan bahan yang disediakan oleh Organisasi melalui Portal Rakan Kelas Maya.

5.4 Walau bagaimanapun, Rakan dibenarkan menulis kapsyen, penerangan atau pengenalan peribadi sendiri ketika berkongsi bahan rasmi Kelas Maya.

5.5 Kapsyen, penerangan atau pengenalan tersebut tidak boleh menambah fakta, tuntutan, jaminan, harga, tawaran atau maklumat lain yang tidak disediakan atau disahkan oleh Organisasi.

6 INTEGRITI DAN PEMATUHAN PEMASARAN

6.1 Rakan hendaklah mempromosikan Kelas Maya secara jujur, tepat dan profesional.

6.2 Rakan tidak boleh membuat apa-apa kenyataan yang palsu, mengelirukan, berlebihan atau tidak disokong oleh maklumat rasmi Kelas Maya.

6.3 Rakan tidak boleh memberikan jaminan mutlak berhubung dengan keputusan akademik atau kemasukan ke mana-mana institusi pendidikan.

6.4
Antara contoh tuntutan yang tidak dibenarkan termasuk:
  • a. "Confirm lulus PKSK";
  • b. "Confirm dapat MRSM";
  • c. "Confirm masuk SBP";
  • d. "100% dijamin berjaya"; atau
  • e. apa-apa kenyataan lain yang memberikan jaminan terhadap sesuatu keputusan yang tidak diberikan secara rasmi oleh Kelas Maya.

6.5 Rakan tidak boleh menyampaikan maklumat yang bercanggah dengan maklumat rasmi yang disediakan oleh Organisasi.

6.6 Sekiranya Organisasi mendapati bahawa sesuatu penerbitan atau promosi Rakan mengandungi maklumat yang palsu, mengelirukan atau melanggar Terma ini, Organisasi berhak mengarahkan Rakan supaya membetulkan atau menghapuskan penerbitan tersebut.

7 PENGGUNAAN NAMA DAN IDENTITI KELAS MAYA

7.1 Rakan boleh memperkenalkan diri kepada orang awam sebagai "Rakan Kelas Maya".

7.2 Rakan boleh berkongsi pautan rujukan sendiri dan memberitahu orang awam bahawa pendaftaran Kelas Maya boleh dibuat melalui pautan tersebut.

7.3
Rakan tidak boleh menyatakan atau memberikan gambaran bahawa Rakan ialah:
  • a. kakitangan Kelas Maya;
  • b. kakitangan Aceture Network;
  • c. pihak pengurusan Kelas Maya;
  • d. wakil rasmi ibu pejabat Kelas Maya;
  • e. pegawai Kelas Maya; atau
  • f. mana-mana jawatan rasmi yang tidak diberikan oleh Organisasi.

7.4 Rakan tidak boleh mencipta atau menggunakan nama, profil, alamat e-mel, domain, laman sesawang atau identiti digital yang boleh menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia merupakan akaun, saluran atau platform rasmi Kelas Maya.

7.5 Rakan tidak boleh menggunakan nama atau identiti Kelas Maya dengan cara yang mengelirukan orang awam berhubung dengan hubungan sebenar antara Rakan dengan Organisasi.

8 PENGIKLANAN BERBAYAR DAN KATA KUNCI BERJENAMA

8.1 Rakan dibenarkan menjalankan pengiklanan berbayar menggunakan bahan promosi rasmi Kelas Maya.

8.2 Rakan bertanggungjawab menanggung sendiri semua kos pengiklanan yang dijalankan oleh Rakan.

8.3 Rakan tidak dibenarkan membeli, membida atau menyasarkan kata kunci berjenama Kelas Maya melalui Google Ads, enjin carian atau mana-mana platform pengiklanan lain bagi tujuan bersaing dengan kempen pemasaran rasmi Kelas Maya.

8.4
Larangan di bawah Klausa 8.3 termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kata kunci yang:
  • a. mengandungi nama "Kelas Maya";
  • b. merupakan variasi atau ejaan lain yang jelas merujuk kepada "Kelas Maya";
  • c. menggabungkan nama "Kelas Maya" dengan nama produk atau program Kelas Maya; atau
  • d. secara jelas bertujuan mendapatkan trafik daripada pengguna yang sedang mencari Kelas Maya atau saluran rasmi Kelas Maya.

8.5 Rakan tidak dibenarkan menjalankan kempen pengiklanan yang direka khusus untuk mengalihkan trafik yang bertujuan mencari laman sesawang, platform atau saluran rasmi Kelas Maya kepada pautan rujukan Rakan.

8.6 Walau bagaimanapun, Rakan dibenarkan menjalankan pengiklanan berbayar menggunakan bahan rasmi Kelas Maya bagi kata kunci atau sasaran umum yang berkaitan dengan kategori produk, peperiksaan, keperluan pembelajaran atau kumpulan sasaran, selagi pengiklanan tersebut tidak melanggar Klausa 8.3 hingga 8.5.

8.7 Penggunaan nama "Kelas Maya" dalam bahan iklan yang semata-mata bertujuan mengenal pasti produk atau program yang sedang dipromosikan tidak dengan sendirinya dianggap sebagai pelanggaran, selagi kempen tersebut tidak bertujuan bersaing secara langsung dengan trafik carian berjenama Kelas Maya.

9 STRUKTUR DAN KADAR KOMISEN

9.1 Rakan berhak menerima komisen sebanyak 15% daripada jumlah sebenar yang dibayar oleh pelanggan bagi setiap transaksi yang layak.

9.2
Sekiranya pelanggan menggunakan kupon, baucar atau potongan harga yang diberikan atau diluluskan oleh Kelas Maya, komisen hendaklah dikira berdasarkan jumlah sebenar yang dibayar oleh pelanggan selepas kupon, baucar atau potongan tersebut.

Contoh:

Harga program: RM100.00

Nilai kupon: RM20.00

Jumlah dibayar pelanggan: RM80.00

Komisen Rakan: 15% × RM80.00 = RM12.00

9.3 Tiada caj gerbang pembayaran akan ditolak daripada asas pengiraan komisen.

9.4 Semua produk Kelas Maya yang ditetapkan sebagai produk berkomisen adalah tertakluk kepada kadar komisen sebanyak 15%, melainkan Organisasi menetapkan kadar yang berbeza bagi sesuatu produk atau kempen.

9.5 Organisasi berhak mengubah kadar komisen bagi produk, kempen atau keadaan tertentu pada masa hadapan dengan mengemas kini maklumat tersebut melalui Portal atau saluran rasmi yang bersesuaian.

10 ATRIBUSI RUJUKAN DAN TEMPOH 60 HARI

10.1 Kelas Maya menggunakan sistem penjejakan pautan rujukan bagi menentukan sumber sesuatu transaksi.

10.2 Tempoh atribusi adalah selama 60 hari bermula daripada klik rujukan pertama, berdasarkan peranti yang digunakan oleh pelanggan dan tertakluk kepada keupayaan sistem penjejakan untuk mengenal pasti pelanggan tersebut.

10.3 Sekiranya pelanggan mengklik pautan Rakan A dan kemudiannya mengklik pautan Rakan B sebelum membuat pembelian, pautan Rakan yang paling terkini dan layak hendaklah menerima atribusi jualan, tertakluk kepada rekod sistem dan tempoh atribusi yang berkuat kuasa.

10.4
Contohnya:
  • a. pelanggan mengklik pautan Rakan A;
  • b. pelanggan kemudiannya mengklik pautan Rakan B; dan
  • c. pelanggan membuat pembelian.
Dalam keadaan tersebut, jualan hendaklah dikreditkan kepada Rakan B.

10.5 Prinsip atribusi yang sama terpakai bagi pembelian produk Kelas Maya yang lain yang dibuat dalam tempoh atribusi yang berkenaan.

10.6 Rekod sistem penjejakan Kelas Maya hendaklah menjadi sumber rujukan utama bagi menentukan atribusi sesuatu transaksi.

10.7 Organisasi tidak menjamin bahawa setiap klik atau transaksi akan berjaya direkodkan sekiranya terdapat faktor teknikal, tetapan pelayar, peranti, kuki, sekatan pihak ketiga atau keadaan lain yang menghalang sistem daripada merekodkan aktiviti tersebut.

11 PEMBELIAN BERULANG

11.1 Sekiranya pelanggan membuat pembelian produk Kelas Maya yang lain dalam tempoh 60 hari yang masih berada dalam tempoh atribusi, pembelian tersebut juga layak menerima komisen sebanyak 15%, tertakluk kepada kaedah atribusi yang dinyatakan dalam Terma ini.

11.2 Sekiranya pelanggan mengklik pautan Rakan lain sebelum membuat pembelian baharu, atribusi bagi pembelian tersebut hendaklah diberikan kepada Rakan yang mempunyai pautan rujukan paling terkini dan layak.

11.3 Selepas tamat tempoh atribusi 60 hari, pembelian baharu tidak lagi dikreditkan kepada Rakan berdasarkan klik rujukan terdahulu, melainkan ditentukan sebaliknya oleh Organisasi.

12 PEMBATALAN, REFUND DAN PELARASAN KOMISEN

12.1 Komisen tidak akan dibayar bagi transaksi yang dibatalkan, tidak berjaya, tidak diselesaikan atau dipulangkan.

12.2 Sekiranya komisen telah dibayar dan transaksi tersebut kemudiannya dipulangkan atau dibatalkan, Organisasi berhak membuat pelarasan terhadap jumlah komisen Rakan.

12.3 Jumlah komisen yang telah terlebih dibayar boleh ditolak daripada komisen Rakan dalam kitaran pembayaran berikutnya.

12.4 Rakan tidak perlu membuat bayaran berasingan kepada Organisasi bagi tujuan pelarasan tersebut melainkan Organisasi menentukan sebaliknya berdasarkan keadaan tertentu.

13 MINIMUM PEMBAYARAN

13.1 Jumlah minimum pembayaran komisen ialah RM1.00.

13.2 Sekiranya jumlah komisen yang tersedia adalah kurang daripada RM1.00, jumlah tersebut akan dibawa ke kitaran pembayaran berikutnya sehingga mencapai jumlah minimum pembayaran.

14 MAKLUMAT AKAUN BANK DAN PEMBAYARAN KOMISEN

14.1 Rakan hendaklah melengkapkan maklumat akaun bank yang diperlukan selepas permohonan mereka diluluskan.

14.2 Pembayaran komisen dibuat pada setiap hari Isnin melalui pindahan bank ke akaun yang didaftarkan oleh Rakan, tertakluk kepada pemprosesan pembayaran.

14.3 Kitaran pengiraan jualan mingguan adalah dari hari Sabtu hingga hari Jumaat, jam 11:59 malam.

14.4 Jualan yang diterima selepas waktu tutup tersebut akan dimasukkan dalam kitaran pembayaran berikutnya.

14.5 Rakan bertanggungjawab memastikan semua maklumat pembayaran yang diberikan adalah tepat, lengkap dan terkini.

14.6 Organisasi tidak bertanggungjawab terhadap kelewatan pembayaran yang berpunca daripada maklumat akaun bank yang tidak tepat atau tidak lengkap.

15 PERTIKAIAN BERKAITAN KOMISEN

15.1 Sebarang pertanyaan atau pertikaian berkaitan jumlah komisen atau atribusi sesuatu transaksi hendaklah dikemukakan kepada Organisasi untuk semakan.

15.2 Organisasi berhak menyemak rekod transaksi, pautan rujukan, data penjejakan dan maklumat berkaitan.

15.3 Rekod sistem penjejakan Kelas Maya hendaklah menjadi sumber rujukan utama dalam menentukan atribusi sesuatu transaksi, tertakluk kepada undang-undang yang terpakai.

16 LARANGAN MENGUTIP BAYARAN

16.1 Rakan tidak dibenarkan meminta, menerima atau mengutip sebarang bayaran daripada pelanggan bagi pihak Kelas Maya.

16.2 Semua pembayaran hendaklah dibuat secara terus oleh pelanggan melalui sistem atau gerbang pembayaran rasmi Kelas Maya.

16.3 Rakan tidak boleh meminta pelanggan membuat pembayaran ke akaun bank, dompet elektronik atau mana-mana kaedah pembayaran peribadi Rakan bagi tujuan pembelian produk Kelas Maya.

16.4 Rakan tidak boleh mengeluarkan resit, invois atau pengesahan pembayaran bagi pihak Kelas Maya tanpa kebenaran bertulis daripada Organisasi.

17 LARANGAN PENIPUAN DAN MANIPULASI SISTEM

17.1 Rakan dilarang melakukan apa-apa perbuatan yang bertujuan mendapatkan komisen secara tidak sah.

17.2
Perbuatan tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
  • a. rujukan kepada diri sendiri;
  • b. pembelian melalui pautan sendiri dengan tujuan mendapatkan komisen;
  • c. penciptaan akaun palsu;
  • d. penciptaan transaksi palsu;
  • e. manipulasi pautan rujukan;
  • f. manipulasi kuki atau data penjejakan;
  • g. penggunaan bot atau sistem automatik untuk menghasilkan rujukan palsu;
  • h. manipulasi rekod transaksi;
  • i. eksploitasi kelemahan teknikal sistem; atau
  • j. apa-apa bentuk penipuan atau penyalahgunaan sistem yang lain.

17.3 Organisasi berhak menyiasat sebarang aktiviti yang disyaki tidak sah.

17.4 Organisasi berhak menahan, membatalkan atau melaraskan komisen yang berkaitan dengan aktiviti tersebut.

18 AKAUN RAKAN DAN SUB-RUJUKAN

18.1 Akaun Rakan adalah bersifat peribadi dan hanya boleh digunakan oleh Rakan yang didaftarkan.

18.2 Rakan tidak dibenarkan memberikan akses kepada akaun atau Portal kepada pihak ketiga untuk mengendalikan akaun tersebut bagi pihak Rakan.

18.3 Rakan tidak boleh menjual, memindahkan, menyerahkan atau memberikan pautan rujukan mereka kepada pihak lain untuk digunakan bagi pihak Rakan tanpa kebenaran Organisasi.

18.4 Rakan bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku melalui akaun dan pautan rujukan mereka.

19 HAK HARTA INTELEK

19.1 Semua hak harta intelek berhubung dengan Kelas Maya, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, logo, grafik, video, teks, reka bentuk, bahan pembelajaran, bahan pemasaran, sistem dan kandungan lain, kekal menjadi hak Aceture Network, Kelas Maya atau pemilik masing-masing.

19.2 Kebenaran untuk menggunakan bahan promosi tidak bermaksud hak milik terhadap bahan tersebut dipindahkan kepada Rakan.

19.3 Rakan diberikan kebenaran terhad untuk menggunakan bahan yang disediakan melalui Portal bagi tujuan mempromosikan Kelas Maya.

19.4 Rakan tidak boleh menjual, melesenkan, memindahkan atau memberikan hak penggunaan bahan tersebut kepada pihak lain.

19.5 Kebenaran penggunaan bahan boleh ditarik balik oleh Organisasi pada bila-bila masa.

19.6 Selepas status Rakan ditamatkan, Rakan hendaklah menghentikan penggunaan bahan promosi Kelas Maya sekiranya diarahkan oleh Organisasi.

20 KERAHSIAAN

20.1 Rakan hendaklah merahsiakan semua maklumat bukan awam yang diperoleh melalui penyertaan dalam Program Rakan Kelas Maya.

20.2
Maklumat sulit termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
  • a. strategi perniagaan;
  • b. strategi pemasaran;
  • c. data jualan;
  • d. data prestasi kempen;
  • e. struktur komisen;
  • f. produk yang belum dilancarkan;
  • g. harga atau tawaran yang belum diumumkan;
  • h. maklumat teknikal;
  • i. maklumat operasi;
  • j. maklumat sistem; dan
  • k. apa-apa maklumat lain yang secara munasabah boleh dianggap sulit.

20.3 Rakan tidak boleh menggunakan atau mendedahkan maklumat sulit tersebut kepada pihak lain tanpa kebenaran Organisasi.

20.4 Kewajipan kerahsiaan ini terus berkuat kuasa selepas status Rakan tamat.

21 KESELAMATAN AKAUN

21.1 Rakan bertanggungjawab menjaga keselamatan akaun dan maklumat log masuk mereka.

21.2 Rakan tidak boleh berkongsi kata laluan atau maklumat akses Portal dengan mana-mana pihak lain.

21.3 Rakan hendaklah memaklumkan kepada Organisasi dengan segera sekiranya mengetahui atau mengesyaki bahawa akaun mereka telah diakses tanpa kebenaran.

21.4 Organisasi berhak menggantung sementara akaun Rakan bagi tujuan keselamatan atau siasatan.

22 PENAMATAN DAN PEMBATALAN STATUS RAKAN

22.1
Organisasi berhak menggantung atau menamatkan status Rakan sekiranya Rakan:
  • a. melanggar mana-mana peruntukan Terma ini;
  • b. melakukan penipuan;
  • c. memanipulasi sistem;
  • d. membuat tuntutan yang palsu atau mengelirukan;
  • e. menyamar sebagai Kelas Maya atau kakitangan Organisasi;
  • f. mengutip bayaran secara tidak dibenarkan;
  • g. menyalahgunakan bahan atau maklumat Kelas Maya;
  • h. memberikan akses akaun kepada pihak lain tanpa kebenaran;
  • i. melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan reputasi Kelas Maya secara serius; atau
  • j. terlibat dalam apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang.

22.2 Dalam keadaan pelanggaran serius, Organisasi berhak menamatkan status Rakan serta-merta tanpa notis terlebih dahulu.

22.3 Selepas penamatan, Organisasi berhak menyahaktifkan akaun, pautan rujukan dan akses Rakan kepada Portal.

22.4 Bagi penamatan yang tidak melibatkan pelanggaran, komisen yang telah diperoleh secara sah dan masih perlu dibayar hendaklah kekal tertakluk kepada proses pembayaran biasa.

22.5 Sekiranya penamatan berlaku akibat penipuan, manipulasi sistem atau pelanggaran serius, komisen yang berkaitan secara langsung dengan penipuan, manipulasi atau pelanggaran tersebut boleh dibatalkan.

22.6 Organisasi berhak membatalkan mana-mana komisen yang belum dibayar sekiranya komisen tersebut diperoleh melalui transaksi atau aktiviti yang melanggar Terma ini.

23 KUASA ORGANISASI TERHADAP PROGRAM

23.1
Organisasi berhak menentukan dari semasa ke semasa:
  • a. produk yang tersedia;
  • b. harga produk;
  • c. kadar komisen;
  • d. bahan promosi;
  • e. kempen;
  • f. promosi;
  • g. kupon dan baucar;
  • h. tempoh kempen;
  • i. syarat promosi; dan
  • j. kaedah pengendalian Program Rakan Kelas Maya.

23.2 Organisasi berhak menambah, mengubah, menggantikan atau menghentikan mana-mana produk, kempen, promosi atau bahan promosi.

23.3 Rakan tidak mempunyai hak untuk menuntut pampasan hanya disebabkan oleh perubahan harga, produk, kempen, promosi, kadar komisen atau struktur Program Rakan Kelas Maya.

24 PINDAAN TERMA

24.1 Organisasi berhak meminda, menambah, mengubah atau memadam mana-mana bahagian Terma ini dari semasa ke semasa.

24.2 Sebarang pindaan kepada Terma ini akan dikemas kini dan diterbitkan di laman sesawang rasmi Kelas Maya.

24.3 Rakan bertanggungjawab untuk menyemak Terma yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Penggunaan berterusan Portal atau pautan rujukan selepas pindaan tersebut diterbitkan di laman sesawang rasmi Kelas Maya hendaklah dianggap sebagai penerimaan terhadap Terma yang telah dipinda.

25 PENAFIAN HASIL DAN LIABILITI

25.1 Penyertaan dalam Program Rakan Kelas Maya tidak menjamin Rakan akan memperoleh apa-apa jumlah pendapatan atau komisen tertentu.

25.2 Organisasi tidak menjamin bahawa setiap klik, prospek atau transaksi akan berjaya direkodkan disebabkan faktor teknikal yang mungkin berada di luar kawalan munasabah Organisasi.

25.3 Organisasi tidak bertanggungjawab terhadap kegagalan yang berpunca daripada peranti pengguna, sambungan internet, pelayar, kuki, platform pihak ketiga, gerbang pembayaran atau sistem pihak ketiga yang berkaitan.

25.4 Rakan bertanggungjawab terhadap semua tindakan, kenyataan dan kandungan yang dihasilkan sendiri oleh Rakan, termasuk kapsyen, penerangan atau pengenalan yang ditulis oleh Rakan.

25.5 Rakan hendaklah menanggung rugi Organisasi terhadap tuntutan, kerugian, kos atau liabiliti yang timbul secara langsung daripada pelanggaran Terma ini atau tindakan salah Rakan, tertakluk kepada undang-undang yang terpakai.

26 KEADAAN DI LUAR KAWALAN

26.1 Organisasi tidak dianggap melanggar Terma ini sekiranya kegagalan melaksanakan sesuatu kewajipan berpunca daripada keadaan di luar kawalan munasabah Organisasi.

26.2
Keadaan tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
  • a. gangguan internet;
  • b. kegagalan sistem;
  • c. kegagalan penyedia perkhidmatan pihak ketiga;
  • d. gangguan gerbang pembayaran;
  • e. serangan siber;
  • f. bencana alam;
  • g. tindakan kerajaan;
  • h. gangguan infrastruktur; atau
  • i. apa-apa keadaan lain yang berada di luar kawalan munasabah Organisasi.

27 HUBUNGAN ANTARA PIHAK

27.1 Rakan menyertai Program Rakan Kelas Maya sebagai peserta program rujukan bebas.

27.2 Rakan bukan pekerja, ejen, wakil undang-undang atau pegawai Kelas Maya atau Aceture Network.

27.3 Rakan tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang kontrak, komitmen, jaminan atau representasi bagi pihak Organisasi.

27.4 Rakan tidak boleh memberikan gambaran bahawa mereka mempunyai kuasa untuk mengikat atau mewakili Organisasi, melainkan kebenaran tersebut diberikan secara bertulis oleh Organisasi.

28 PENERIMAAN SECARA ELEKTRONIK

28.1 Penerimaan Terma ini boleh dibuat secara elektronik melalui Portal Rakan Kelas Maya.

28.2 Rekod pendaftaran, penerimaan Terma, penggunaan Portal dan penggunaan pautan rujukan boleh disimpan oleh Organisasi sebagai rekod penerimaan dan penyertaan Rakan.

28.3 Rakan mengakui bahawa penerimaan secara elektronik merupakan sebahagian daripada proses penyertaan dalam Program Rakan Kelas Maya.

29 KEBOLEHASINGAN

29.1 Sekiranya mana-mana peruntukan dalam Terma ini didapati tidak sah, tidak sah di sisi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut hendaklah, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, dipisahkan daripada Terma ini tanpa menjejaskan kesahan atau kebolehkuatkuasaan peruntukan yang lain.

30 KESELURUHAN PERJANJIAN

30.1 Terma ini, bersama-sama dengan mana-mana polisi atau garis panduan rasmi yang dirujuk secara nyata di dalamnya, membentuk keseluruhan perjanjian antara Organisasi dengan Rakan berhubung dengan Program Rakan Kelas Maya.

30.2 Terma ini menggantikan apa-apa persefahaman atau komunikasi terdahulu berhubung dengan perkara yang sama setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

31 UNDANG-UNDANG YANG MENTADBIR DAN BIDANG KUASA

31.1 Terma ini hendaklah ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.

31.2 Sekiranya timbul sebarang pertikaian berkaitan dengan Terma ini atau penyertaan Rakan dalam Program Rakan Kelas Maya, pihak-pihak hendaklah terlebih dahulu berusaha menyelesaikan pertikaian tersebut secara baik melalui perbincangan.

31.3 Sekiranya pertikaian tersebut tidak dapat diselesaikan secara baik, pihak-pihak bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di Malaysia.

32 PENERIMAAN TERMA

Dengan mengemukakan permohonan untuk menyertai Program Rakan Kelas Maya, mengakses Portal Rakan Kelas Maya atau menggunakan pautan rujukan yang diberikan oleh Organisasi, Rakan mengesahkan bahawa:

  • a. Rakan telah membaca dan memahami Terma ini;
  • b. Rakan bersetuju untuk mematuhi semua peruntukan yang terkandung di dalamnya;
  • c. Rakan memahami bahawa status sebagai Rakan hanya bermula selepas permohonan diluluskan oleh Organisasi;
  • d. Rakan memahami bahawa komisen adalah berdasarkan transaksi yang sah dan direkodkan oleh sistem Kelas Maya;
  • e. Rakan memahami bahawa bahan promosi rasmi disediakan oleh Kelas Maya melalui Portal;
  • f. Rakan memahami bahawa Rakan dibenarkan menulis kapsyen atau pengenalan sendiri tetapi tidak dibenarkan menghasilkan bahan promosi sendiri bagi pihak Kelas Maya;
  • g. Rakan memahami bahawa Rakan tidak boleh membuat tuntutan atau jaminan yang tidak disediakan oleh Kelas Maya;
  • h. Rakan memahami bahawa Rakan tidak boleh membeli atau membida kata kunci berjenama Kelas Maya bagi tujuan bersaing dengan kempen carian rasmi Kelas Maya; dan
  • i. Rakan memahami bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan dalam Terma ini boleh menyebabkan akaun dan status Rakan digantung atau ditamatkan.
KELAS MAYA
Diuruskan oleh ACETURE NETWORK
No. Pendaftaran SSM: 201903195965
Tarikh Kemas Kini: 22 Ogos 2026